Assalamualaikum:-)
Hai semua!..Ada tak yang teringin nak dapat bentuk badan seperti Aishwarya Rai barangkali? Tak pun macam Miranda Kerr? Aku sure ramai yang angkat tangan (termasukla aku)...hehehe...Memang kite tak boleh nak terus tukar saiz badan kite dari XL kepada saiz S, tapi tak salah kite cuba secara slow motion. Walaupun agak memakan masa, tapi, sekurang-kurangnye kite tak mendera tubuh badan kite. Kat sini aku nak share sedikit tips yang agak berguna untuk kite same2 amalkan untuk dapatkan saiz yang diidamkan..Jom try... :-)
1. JANGAN BERLAPAR
Badan perlukan tenaga. Macam motor la..nak begerak kena ada minyak motor..Ye tak? Jadi, jangan selalu
berlapar. Nanti kalau kite dah tak tahan nak menahan dugaan lapar tu, kite akan makan lagi banyak..
Habis la program diet tak menjadi.
2. MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Next, amalkan minum 8 gelas air sehari untuk pastikan badan kite mendapat bekalan air yang cukup..Kalau
yang duduk kat hostel tu, pastikan anda menyimpan stok2 air kosong yang banyak k? Nanti kalau badan
kite dehydrated akan bagi kesan kat kulit..Nanti kulit jadi kering.
3. SARAPAN PAGI
Sarapan pagi sangat penting. Kalau boleh jangan skip langsung. Kalau nak tau, ada satu kajian mendapati
sape2 yang tak ambil sarapan pagi akan cenderung menjadi gemuk!! Takut kan? Kenapa jadi macam ni?
Sebab, kalau makan waktu pagi, ia boleh stabilkan hormon dan paras gula dalam darah...
4. MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Haaa...Say NO to gelojoh! Kalau makan cepat2, kompem makanan yang masuk dalam mulut tu tak
dikunyah sampai hancur kan? Then, bile makanan tu sampai kat perut, susah la cik perut tu nak proses dan
secara tak langsung proses penghadaman akan terganggu nanti.
5.JANGAN SUKA TIMBANG BERAT
Yang ni memang ada orang suke buat...Sebelum makan timbang, lepas makan timbang..Kalau boleh jangan
selalu nak timbang sebab nanti tak nampak perubahan korang rase nak marah pulak..Yela, kalau
lepas makan korang timbang mestila berat korang akan naik kan? Perubahan untuk kurangkan berat ni
6. AIR LIMAU NIPIS ATAU JUS OREN
Kalau selalu gi minum kat gerai atau pun kedai makan, cube korang oder jus oren atau air limau sebab
7. AIR ASAM JAWA
Kalau nak tau, air asam jawa mampu mengecutkan otot perut. Kalau nak perut yang cantik amalkan minum
air asam jawa dua kali setiap hari selepas makan tengahari dan makan malam.
8. SENAMAN
Yang ni memang tak boleh tinggal...Kalau rase macam malas sangat nak bersenam, menari pun boleh
jugak.
Ni la sebahagian daripada tips yang aku boleh kongsikan.Jangan lupe untuk cube ye...Dan pastikan jugak jangan buat kerja separuh jalan. Pastikan apa yang kite buat tu akan mendatangkan hasil..
Jangan tau makan je..Bile badan jadi bulat baru tau nak marah2..Jadi, kalau makan, pastikan kite makan makanan yang menyihatkan..Please keep in mind yang kite makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan..Jadi, amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih sejahtera..(macam ayat menteri kesihatan la pulak)
Jangan tau makan je..Bile badan jadi bulat baru tau nak marah2..Jadi, kalau makan, pastikan kite makan makanan yang menyihatkan..Please keep in mind yang kite makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan..Jadi, amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih sejahtera..(macam ayat menteri kesihatan la pulak)
oh. haha. patut la selalu order fresh oren jek bila makan. peh peh peh.
ReplyDelete