".
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 September 2013

Jom Kuasakan Diri

Assalamualaikum :-)

Pernah tak jumpe kembar? Absolutely pernah kan...Pernah tak kite terserempak dengan orang yang mukenye lebih kurang sama dengan kawan kita atupun kenalan kita? Mesti pernah jugak. Pernah tak dengar yang setiap orang ada tujuh kembar? Bermaksud setiap orang ada enam lagi yang boleh dikatakan kembar pada seseorang. 

Kalau nak tau, kita juga dilahirkan sebagai sepasang kembar. Dalam Islam kembar tu dipanggil qarin. Yang bezanya, qarin ni kita tak nampak. Ada orang cakap qarin ni enam tahun lebih tua dari kita. Tapi sebenarnye, qarin ni merupakan gambaran diri kita yang sebenarnya.

Macam mana nak tengok qarin? Ada orang cakap, kalau nak tengok qarin ni, kita kena tenung diri kita dalam sebuah cermin lama pada malam jumaat. Nanti qarin ni akan muncul dengan sepintas lalu je. Kalau kita nampak qarin kita ni hitam legam, maksudnya itulah diri kita yang sebenarnya dan begitulah sebaliknya.

Ok, setiap dari kita tak pernah terlepas dari ditimpa musibah. Sesungguhnya Allah tidak membebankan hamba-Nya dengan sesuatu ujian yang tidak dapat ditanggung. Maka, setiap ujian yang diberi adalah berdasarkan tahap kekuatan kita. Allah telah pastikan yang kita betul-betul boleh melalui cabaran tersebut.

Apabila kita mengalami kesusahan, janganla kita berputus asa. Sebaiknya, kita boleh terus bangkit dan berusaha dengan lebih gigih lagi. Ingatlah bahawa kalau kita lemah, kita masih ada enam lagi kembar dan mereka tak semestinya lemah. Kita kena tunjukkan pada kembar kita bahawa kita juga boleh jadi kuat dan sehebat mereka.


Saturday 14 September 2013

Sakit Itu Penghapus Dosa

Assalamualaikum :-)

Dah lame tak menaip.. Sekarang dah masuk sem baru.. Awal awal ni rajin la nak menaip sebab tak sibuk. Ok, back to the main point.. Kalau kita demam, mesti kita akan mengeluh sakit..Sume sakit. Sakit kepala la, sakit badan la, pening la..Padahal, tau tak korang bahawa sume sakit tu adalah penghapus untuk dosa yang kita pernah buat..Bukan tu je, malah kalau tersepak batu jugak secara automatiknye itu adalah satu tanda bahawa dosa kita dah dihapuskan.. Jadi, kalau kita sakit jangan asyik nak mengeluh.. Muhasabah diri dan belajar untuk bersyukur.. Sekurang-kurangnya Allah dah ampunkan serba sedikit dosa yang kita buat..

Kadang-kadang bila tersepak batu terus nak sembur kan..? Tapi kita kena ingat yang Allah senang-senang je nak delete dosa kita dengan seketul batu je. Jadi, fikirkanlah dengan hanya seketul batu dah dapat ringankan sikit bahu kiri yang dah berat.

Sebenarnye kita sendiri tak tau apa yang Allah rancangkan untuk kita. Tapi kita kena percaya bahawa apa yang Dia rancangkan tu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. 





Saturday 4 May 2013

Aiskrim Telur

Assalamualaikum :-)

Have you ever heard about aiskrim telur before? Maybe ada sesetengah orang yang pernah dengar dan pernah rase. Tapi aku baru first time dengar..Bile mule mule dengar terus aku ketawa...

Miza: Fida, malam nanti kite gi JonkerWalk nak tak?Kite gi dengan Syaza sekali..

Aku: Boleh jugak! Lagipun aku dah lame tak keluar jalan jalan gi bandar.

Miza: Eee....malam ni dapatla aku makan aiskrim telur..Dah lame tak makan..(muke excited habis)

Aku: hahahahahahahaha x sejuta.....Aiskrim telur? apa tu?

Tu la reaksi aku bile dengar pasal aiskrim telur...Aiskrim telur ni bentuknye macam telur. Penah tengok tak kinderbueno yang bulat tu? Macam tu la bentuknye...


zoom sikit
-
-
-

Macam telur kan?

Aiskrim ni ada banyak perisa..Satu dalam RM2.50..Sedap.. :-)Betul cakap Miza..So, kepada sape sape yang nak cube, datangla Melaka ^--^

Finally terima kasih kepada Miza, Syaza dan Tieka sebab sudi bawak gi jalan-jalan...



Tudung semua sepesen... 




Sunday 28 April 2013

Nama saya...

Assalamualaikum :-)

Tetibe teringat cerite dulu dulu and tangan ni jadi gatal nak menulis. Dulu mase zaman muda mudi banyak betul nickname yang aku dapat. Mase zaman sekolah menengah, classmate aku panggil aku 'Ruffedge'. Memang kene sangat kan memandangkan grup Ruffedge memang glemer waktu tu. Lepas je aku masuk asrama waktu form 4, nama aku jadi Pidah..Ade jugak yang panggil Pedah..Maybe sebab nama aku ejaannye R.A.F.E.D.A.H kot..Ok, acceptable.. Next, aku diterima masuk matrix.. Kat sini nama aku jadi Fida..Macam lembut la pulak..Tak sesuai dengan aku.Tapi classmate semua panggil aku Fida, aku pun on je la..Bile dapat masuk u, aku ingat dapat la tukar name jadi Rara..Tapi macam something wrong somewhere je.. Ade ke orang pakai name macam tu? So, niat dibatalkan. Jadi, name aku kekal sebagai Fida.. :-D That's all...Thank you!



Besaunye gambar....

Thursday 18 April 2013

Dah Makin Dewasa :-)


Assalamualaikum :-)

Rasenye macam dah lame jugak tinggalkan blog aku yang penuh dengan sawang2 spiderman nih! Setelah sekian lame berhenti dari menaip, hari ni aku nak regang regangkan jari jemari aku ni untuk menaip entry baru... Pasal bufday aku...yippiii...

Actually, bufday au ni dah lame lepas. Tapi baru ada kelapangan nak gossip. Memandangkan bufday aku jatuh pada minggu yang busy teramat, aku nyaris lupe pasal tarikh keramat tuh!(nampak kan kesibukan aku di situ?) Tapi aku ingat jugak sebab tengah malam tu someone special kol and text a bufday wishes..! :-)  Pagi Rabu yang indah tu aku bangun macam biase sebab aku ade kelas teknousahawan. Then, lepas je siap mandi aku kejut la si roomate aku ni, Yemi (nama timangan dia mase mude dulu)...Tapi dia cakap tak nak pergi sambil tutup mata..Ok, takpe. Aku pun pergi kelas macam biasa. Lepas tu, aku tengok la henpon aku..Takde sape pun yang wish bufday aku waktu tu...Sedihnye. Tapi, aku positifkan diri..Maybe semua orang busy sangat sebab minggu tu jadual padat dan sendat dengan test..Lepas tu, aku bukak pulak FB dengan harapan ade jugak la member aku wish..Tapi, hampeh :-( Sebenarnye, aku hide kan bufday aku, so hanya kawan yang betul betul rapat je tau...Aku sedih sangat sebab kawan baik merangkap roomate aku tak wish pon bufday aku...sobsobsob...Dia lupe agaknye...Lepas je habis kelas, aku dengan Kak Umi, Kak Nara, Abang Nara, Nadia dan Hazard gi makan kat kafe..Tapi still takde ucapan...Lepas je makan, kitorang ada kelas Digital communication. Lepas je kelas tu, hosmate ajak gi kuar makan...dorang ajak makan kat Windmill.








.Aku pun join je...Sampai je kat situ, semua sibuk order kecuali aku. Aku still full lagi sebab baru je akan 2 jam lepas. Tapi, Nadia still nak makan jugak...Tak kenyang kenyang kawan aku sorang ni.. (jangan marah Nad :-) Diorang semua beria je suruh aku order tapi aku menolak dengan baik atas alasan kenyang banget..Lepas tu dengan tak semena-mena ada 1 dish ni sampai kat meja aku. Aku ingatkan pelayan salah hantar sebab aku tak order pape pun..Bile semua orang dapat makanan masing-masing aku pun bace la doa makan and selesai je doa makan tu diaminkan....jengjengjeng...hosmate aku semua jerit HEPI BUFDAY...Oh!!! Aku sangat la terharu...tak sangka diorang ingat jugak bufday aku...Yang paling best, sempena bufday aku, aku dapat makanan percuma dari Windmill....yea333!!! Thankz Windmill...Special thank to my lovely hosmate : Yemi, Kak Nara, Trah Nur dan Nadia..


Ni la makanan yang Windmill belanja aku -Marryland :-)

Hujung minggu tu pulak, kawan aka bapak aku mase kat UTeM telah bebesar hati open table untuk aku dengan hosmate aku..Dia belanja kitorang makan KFC..Mulenye dia nak gune duit tu untuk buat spek mata..Ada masalah rabun katenye.Tapi, bile check, rabun dia 50 je..Hari tu dia cakap 75..Dia sendiri pun tak paham dengan mata dia. Ye la, kejap 50, kejap lagi 75 pulak..By the way, terima kasih Redzuan aka bro dan juga Islah :-)



Thankz Keon sebab bagi leader hadia ni :-) 

Yang ni pulak dari Zili..Thankz Zili :-)

Hadiah i-pad ni pulak dari Yemi..Terima kasih Yemi :-)

Satu bende yang buat aku sangat tesentuh
-
-
-
-
-
tadaaaaaa


Ni la ucapan dari Yemi...Terus tesentuh waktu bace wishes dari dia..

Hari Rabu berikutnye, aku dapat lagi satu kejutan.. Waktu tu, aku baru je habis test Telekomunikasi..Then, kitorang pun pergi Mydin sebab nak beli barang rumah..Bile nak keluar je dari Mydin aku ternampak seseorang yang muke dia saling tak tumpah macam buah hati aku..Bila aku tengok betul betul..sah! Memang dia la orangnye...Rupenye dia dah bekomplot dengan si Yemi tu nak datang jumpe aku..Lepas tu kitorang pun pergi makan sebab dia nak celebrate bufday aku..Tapi kali ni Yemi tak join kitorang...:-(. Terima kasih Mirul sebab sudi datang semata mata nak celebrate bufday :-)


Here goes my words for all of you..

Kepada Nur Atiqah aka Yemi, Ain aka Kak Nara, Trah Nur dan Nadia yang bersusah payah sambut bufday aku walaupun masing masing sibuk nak test, aku ucapkan terima kasih sangat.. Aku tak kisah pun korang sambut atau tak, tapi ucapan korang aku sangat ambik kisah..Sayang korang. Kepada Khairul Bariah aka Keon, terima kasih sebab besusah payah bagi hadiah walaupun kite jauh..Sayang Keon..Kepada Azilah aka Zili, terima kasih atas kitab suci yang diberikan..Sayang Zili..Kepada encik hati, Muhammad Amirullah Al-Hafiz aka Mirul, terima kasih sudi datang dari jauh yang tak berapa nak jauh untuk celebrate bufday. Kejutan yang diberikan sangan menjadi. Tekejut sangat!!!...



Friday 1 March 2013

Adiks

Assalamualaikum :-)

Hari ni nak update story pasal adik adik aku yang 3 orang...Kami ada empat beradik. Aku yang sulung, dik ngah, Anis and lastly Nadia.

Ni dik ngah. Dia masih lagi belajar. Ambik course civil engineering dekat PSAS.. Walaupun beza kami cuma 2 tahun, tapi dengan dia la aku boleh mengadu macam macam cerita..Dia la tempat aku boleh share semua masalah aku, cerita suka duka dn jugak boleh simpan rahsia. Boleh katakan semua rahsia aku dia yang pegang. Mak aku pun dah tau sangat dah perangai kitorang ni macam mane. Kalau kami balik, dah jadi macam belangkas. Bekepit doploh pat jam! 

Aku stil ingat lagi waktu kitorang kecik kecik kitorang kerap gaduh. Sampaikan satu hari kitorang kena halau dengan mak tido kat bawah rumah(mase tu rumah papan). Kitorang pun menonong la pegi turun dengan muka toya. Then, dik ngah dapat idea suruh tido rumah nenek. Kitorang pun cabutla pegi rumah nenek yang selang sebuah je dari rumah. Tak lame lepas tu abah datang cari kitorang...Kitorang pun balik jumpe mak and mintak maaf kat mak. Janji tak nak gaduh gaduh lagi...



Yang ni pulak Anis.. Beza kitorang 9 tahun. Anis ni sangat baik..(bukan puji, tapi realiti). Dia tak pernah nak marah, tarik muka atau merajuk kalau aku bebel dekat dia. Dia sangat sensitif dengan perasaan kami..Kalau aku tengah marah, cepat cepat dia tenangkan aku. Anis ni jenis yang sangat senang nak disuruh. Cakap je terus buat. Dia nak sangat duduk asrama. Dia ada dapat tawaran masuk asrama(sekolah agama), memandangkan dia kecik lagi bagi aku, so aku tak bagi dia masuk. Bagi aku, dia masih kecik lagi untuk uruskan diri walaupun saiz badan same je dengan aku.. Sorry Anis..Jangan sedih okey? 


Yang kat bawah ni Nadia. Dia adik bongsu. Dia suke sangat baby. Tapi dia tak nak ade adik lagi sebab dia nak jadi adik bongsu sampai bile bile. Nadia ni suke sangat gaduh dengan Anis. Tapi diorang gaduh kejap kejap je pun. Lepas tu baik la. Nadia penah cakap yang dia nak jadi doktor bile dah besar nanti. Sekarang dia tengah sibuk belajar macam mane nak bedah arnab. Aku tak tau kenapa mesti arnab! Nadia sangat sayang dengan kucing. Berbeza dengan aku yang takut kucing, dia nak bela sekor kat rumah. Memang tak nak kasi aku balik la tu!


Anis dengan Nadia sangat sayang + manje dengan dik ngah. Dengan aku jangan harapla... Yang pasti aku sangat besyukur sebab dikurniakan permata yang paling aku sayang..Buat adik adik kak long, kak long doakan hubungan kite betambah erat dari hari ke hari..Moga kite akan menjadi anak yang solehah kepada mak abah.




Wednesday 27 February 2013

Mood nak henpon baru

Assalamualaikum :-)

 Dah lame tak menjenguk kat belog yang dah penuh dengan sarang anai anai nih... Hmmm...actually aku tetibe ter'excited' nak beli henpon baru walaupun henpon lame masih dalam keadaan yang tidak kurang hebatnye.

 Tapi bile pikir balik yang sem ni mesti menjalankan kempen penjimatan berganda, so terpaksalah batalkan niat tu..sobsobsob :-(

Ni dia henpon idaman hati...Experia J...Bile la boleh dapat?