".
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 September 2013

Jom Kuasakan Diri

Assalamualaikum :-)

Pernah tak jumpe kembar? Absolutely pernah kan...Pernah tak kite terserempak dengan orang yang mukenye lebih kurang sama dengan kawan kita atupun kenalan kita? Mesti pernah jugak. Pernah tak dengar yang setiap orang ada tujuh kembar? Bermaksud setiap orang ada enam lagi yang boleh dikatakan kembar pada seseorang. 

Kalau nak tau, kita juga dilahirkan sebagai sepasang kembar. Dalam Islam kembar tu dipanggil qarin. Yang bezanya, qarin ni kita tak nampak. Ada orang cakap qarin ni enam tahun lebih tua dari kita. Tapi sebenarnye, qarin ni merupakan gambaran diri kita yang sebenarnya.

Macam mana nak tengok qarin? Ada orang cakap, kalau nak tengok qarin ni, kita kena tenung diri kita dalam sebuah cermin lama pada malam jumaat. Nanti qarin ni akan muncul dengan sepintas lalu je. Kalau kita nampak qarin kita ni hitam legam, maksudnya itulah diri kita yang sebenarnya dan begitulah sebaliknya.

Ok, setiap dari kita tak pernah terlepas dari ditimpa musibah. Sesungguhnya Allah tidak membebankan hamba-Nya dengan sesuatu ujian yang tidak dapat ditanggung. Maka, setiap ujian yang diberi adalah berdasarkan tahap kekuatan kita. Allah telah pastikan yang kita betul-betul boleh melalui cabaran tersebut.

Apabila kita mengalami kesusahan, janganla kita berputus asa. Sebaiknya, kita boleh terus bangkit dan berusaha dengan lebih gigih lagi. Ingatlah bahawa kalau kita lemah, kita masih ada enam lagi kembar dan mereka tak semestinya lemah. Kita kena tunjukkan pada kembar kita bahawa kita juga boleh jadi kuat dan sehebat mereka.


Saturday 14 September 2013

Sakit Itu Penghapus Dosa

Assalamualaikum :-)

Dah lame tak menaip.. Sekarang dah masuk sem baru.. Awal awal ni rajin la nak menaip sebab tak sibuk. Ok, back to the main point.. Kalau kita demam, mesti kita akan mengeluh sakit..Sume sakit. Sakit kepala la, sakit badan la, pening la..Padahal, tau tak korang bahawa sume sakit tu adalah penghapus untuk dosa yang kita pernah buat..Bukan tu je, malah kalau tersepak batu jugak secara automatiknye itu adalah satu tanda bahawa dosa kita dah dihapuskan.. Jadi, kalau kita sakit jangan asyik nak mengeluh.. Muhasabah diri dan belajar untuk bersyukur.. Sekurang-kurangnya Allah dah ampunkan serba sedikit dosa yang kita buat..

Kadang-kadang bila tersepak batu terus nak sembur kan..? Tapi kita kena ingat yang Allah senang-senang je nak delete dosa kita dengan seketul batu je. Jadi, fikirkanlah dengan hanya seketul batu dah dapat ringankan sikit bahu kiri yang dah berat.

Sebenarnye kita sendiri tak tau apa yang Allah rancangkan untuk kita. Tapi kita kena percaya bahawa apa yang Dia rancangkan tu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya.