".
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 13 November 2011

Kedai gunting rambut saya

Assalamualaikum :-)

Hai semua! Kepada sesiapa yang masih tercari-cari salun untuk menggunting rambut serta rawatan rambut, jemputla menjenguk-jenguk ke salun rambut aku : Nur Fida Hair and Beauty Saloon. Apa yang specialnye, salun ni aku buke khas untuk rakan-rakan yang stay kat kolej kediaman aku saje tau!

Antara pakej yang ditawarkan adalah:

 gunting rambut
cuci rambut
menggubah gaya rambut
rawatan untuk rambut luruh




Gambar di atas merupakan duta bagi salun aku..Perkenalkan Atiqah Abidin.
Atiqah Abidin merupakan pelanggan pertama yang berkunjung ke salun 
dan secara rasminye aku melantik beliau menjadi duta
atau jurucakap rasmi bagi salun aku.


Sekarang kite lihat transformasi gaya Atiqah Abidin selepas mendapat sentuhan kreatif di  Nur Fida Hair and Beauty Saloon


Atiqah Abidin dengan rambut ikal mayang


Gambar Atiqah Abidin selepas rambutnye dipotong pendek.
Walaupun berambut pendek, beliau masih tampil comel..



Atiqah Abidin selepas menjalani rawatan untuk rambut luruh.
 Beliau nampak lebih yakin dan tampak lebih remaja.

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda juga ingin tampil cantik dan comel persis Atiqah Abidin, kunjungi 
Nur Fida Hair and Beauty Saloon sekarang juga!!

Thursday 3 November 2011

Sungai dalam laut

Assalamualaikum :-)

Aku baru je melepaskan penat setelah dua hari aku bergelumang dengan assignment. Sebelum balik raye haji, wajibla menghadap assignment dulu kan? Straight to da point. Penah tak korang dengar pasal sungai kat dasar laut? Bunyi memang pelik kan? Tapi inila yang betul2 terjadi tau! Kalau nak tau kejadian ni dilihat sendiri oleh seorang penyelam yang profesional berasal dari Perancis, Mr. Jacques Costeau



 Gambar Mr. Jacques Costeau


Pada suatu hari, beliau plan nak pergi menyelam di sebuah tempat bernama Cenote Angelita, Mexico. Beliau berasa sangat teruja sebab belum penah menyelam kat kawasan tu. Pada mulenye, beliau hanya menyelam pada kedalaman 30 meter. Kemudian diteruskan pada kedalaman 60 meter dan pada kedalaman tersebut beliau berjaya menemui sebatang sungai!








Sangat mengejutkan kan? Sungai kat situ siap lengkap dengan pokok lagi. Ada sesetengah pengkaji cakap, sungai tu bukan sungai biasa, tapi lapisan hidrogen sulfida yang nampak macam sungai. Memang unik kan? Walaubagaimanapun, setelah dikaji, sungai yang kat dalam laut tu mengandungi air tawar! Manakala, air laut tu langsung tak bercampur dengan air sungai! Inilah salah satu bukti kebesaran Allah..Fenomena ni merupakan kejadian pertama dalam hidup Mr. Costeau. Kire first time la kan? Kejadian ni telah membuktikan yang Allah telah mengatur alam ini dengan sebaik mungkin dan tidak ada sesiapa pun yang mampu menolak kejadian tersebut.