".
expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 7 December 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum:-)

Hmmm.... Waktu cuti midsem lepas aku ada terima dua undangan kahwin dari dua orang member rapat aku. Tak sangka pulak kawan aku nak kawin. Classmate sendiri pulak tu..First time dapat jemputan tu aku macam tak pecaya yang kawan baik aku ni dah nak jadi bini orang. Sungguh tak pecaya (sila baca dengan nada excited hokey!)..Waktu aku dapat tau tu, aku memang over excited nak pergi majlis kenduri dia memandangkan kami dah lame tak jumpe. Lepas habis sekolah menengah masing masing belajar jauh kan? So, tak dapat la nak jumpe...huhuhu...

Bile aku dapat tau yang tarikh majlis dia 11 November, aku frust sendiri sebab waktu tu aku tak cuti!!!!!! Then, mungkin ini adalah satu keajaiban Allah, cuti midsem aku dianjakkan seminggu dari tarikh sebenar. so...horreeeyyyyyyyyyyyyyy!!!! Aku dapat join geng aku pergi menyibuk kat kenduri kawin dia..

Finally...tadaaaaaaa...


Selamat pengantin baru wahai sahabat karibku Noor Ashikin binti Abdullah. Semoga berbahagia bersama suami tersayang. Aku doakan kebahagianmu sehinga hujung nyawa. Love u dear!<3 

Pada minggu berikutnya, aku dapat satu lagi undangan ke majlis walimah kawan aku yang tersayang. Tak sangka dapat pergi...


Selamat pengantin baru buat kak Siti Nor Afiqah binti Shafie dan suami..Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa hendaknya...

Hmm...ramai dah kawan aku yang dah bina masjid. Tahniah aku ucapkan. Makin banyak pulak tanggungjawab nak pikul bile dah berumahtangga ni. Aku doakan kawan kawan aku yang dah pegang title isteri or bini or wife or sewaktu dengannya dapat memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Jangan nak main main pulak!

Tak sabar pulak nak tunggu kawan baik aku si Yemi tu naik pelamin. Kalau dia naik pelamin aku kene ambik cuti seminggu awal la kot.hahaha...

Monday 3 December 2012

Frustated

Assalamualaikum:-)

Frustated!!! Huh...baru lepas test and feel like disaster..Soalan semuanye susah...Sangat susah..Don't think can get any marks...Rase nak jerit jerittttt je....Semua apa yang aku bace, satu pun tak ade yang keluar...Hmmm....Maybe ni mungkin salah aku sendiri...Mungkin aku study semata mata untuk test..Tapi apa yang sepatutnye aku buat adalah

Belajar dengan niat satu ibadah kerana Allah
Thats the thing. Nawaitu itu penting..Kalau niat kite baik, maka baiklah jadinye and begitulah sebaliknye..And for sure, kalau kite study dengan niat kerana Allah, apa yang kite belajar tu kite akan ingat sampai bile bile. Percayalah..

Thursday 29 November 2012

Belajar Untuk Jadi Dewasa

Assalamualaikum:-)

Agak lame tak jenguk blog ni. Dah penuh dengan sesawang dah! Pernah tak dengar someone yang dah besar tapi stil berkelakuan seperti budak budak? No? But Yes there are...There is a small group of people yang childish...Bile dah dewasa ni, patutnye bersikap lebih matang and tau nak control keadaan. Tak semua orang boleh faham kite and kite pun tak semestinye faham perangai semua orang. But what I want to highlight is tolongla jangan tunjukkan muke yang tak puas hati bile kawan tak faham apa yang kite rase. Jangan fikir kite ni cukup sepurna untuk semua orang.
 

Kita bukan insan yang sempurna, tapi kita boleh belajar untuk jadi yang terbaik

Tuesday 20 November 2012

Assalamualaikum:-)

Nak karoke?Jom sertai kami di;
Tempat: Tango, BB Plaza
Bayaran: Rm6
Durasi:3 jam

Ada yang minat menyanyi and menari? Boleh la gi karoke. Actually, hari ni aku dengan housemate pegi melepaskan segala tekanan dengan menyumbangkan banyak lagu...Sape-sape yang berminat boleh la gi tempat yang aku dah statekan kat atas tadi. Dengan bayaran yang boleh dikatakan murah jugak kite boleh nyanyi banyak lagu. Biik yang disediakan pun memang besar and selesa sangat2 tau! Boleh masuk ramai-ramai...


p/s:suara aku dah macam katak panggil hujan lepas test high pitch tadi 




Tuesday 6 November 2012

I'm back

Assalamualaikum :-)

Dah lame sangat tak update blog ni.. Dah penuh dengan sesawang..Actually, aku teramatla sibuk. Niat nak update tu memang la ada..Cumenye tak ada mase. Bz dengan assignment yang belambak, test yang beratur panjang dan kuiz..Nantii aku akan update blg ni lagi. :-)

 

Wednesday 20 June 2012

Cerita pasal laici

Assalamualaikum :-)


Sape yang suke makan laici boleh angguk angukkan kepala tiga kali..Kali ni aku nak citer pasal buah laici. Mesti ramai yang suke makan laici kan? Laici ni tak semestinye dimakan terus tapi boleh jugak dicampurkan dalam minumam. Contohnye sirap laici dan teh o ais laici. 

Sebelum ni kita asyik tau makan laici je kan.
 Sekarang ni aku nak share sikit pasal kebaikan buah laici. Buah laici ni sebenarnye kaya dengan vitamin C dan potassium disamping mengandungi tahap kolestrol yang cukup rendah.(macam pakar pemakanan pulak). Semua maklum yang vitamin C ni baik untuk kulit. Jadi tak rugi la kalau minum sirap laici hari-hari.Bagi sesiapa yang nak diet tu, buah laici ni elok untuk 
 diamalkan memandangkan kandungan kolestrol yang rendah.

 Selain tu, laici ni sangat baik untuk mengembalikan keanjalan kulit memandangkan laici mengandungi kolagen yang mampu menjadikan kita awet muda.Jadi, tak perlu susah susah nak suntik botox.Selain itu, kajian juga mendapati buah laici mampu untuk mencegah kanser payudara.

Banyakbetul khasiat buah laici yang kita sendiri tak tahu. Jadi,jom makan laici! :-D

p/s: Semalam roomate balik dari Johor n bawak buah laici..sedap. Ada sesapa yang nak?
 

Tuesday 19 June 2012

Header baru..

Assalamualaikum :-)

Yeayyy!!! Header dah betukar wajah..Actually aku sendiri pun tak tau nak letak header ape sebab dah bosan dengan yang lame. Walaupun tak cantik aku tetap suke gak..
 Tadaaa!!!!!

Sekarang name blog pun dah berubah menggunakan name aku sendiri dengan tagline yang baru jugak iaitu
kisah budak baru belajar

Nape aku letak tagline macam tu? Sebab aku still baru lagi dalam dunia blogging ni dan banyak lagi yang aku kene belajar..Aku harap ada yang sudi untuk membaca apa yang aku merepek kat dalam blog ni dan kalau sudi boleh bagi komen!

Aku harap yang aku akan dapat aktif dalam dunia blogging ni dan akan dapat ramai kenal lebih ramai blogger :-)

p/s: ada sesape yang baca blog aku sila angkat laptop!hahahaha...

Sunday 3 June 2012

Final Exam Lagi

Aku belum ready pape lagi!!!!dush...


p/s:tu je nak tulis

Saturday 3 March 2012

Perut kenyang hati pun senang

Assalamualaikum :-)

Kali ni aku nak update pasal makan pulak. sepatutnye entry ni aku dah buat sebulan yang lepas. Tapi, memandangkan kampung aku tu takde wifi, jadi baru kali ni aku berkesempatan nak post. Pernah tak korang dengar pasal Kuala Sepetang? Kalau nak tau Kuala Sepetang ni sangat popular dengan mee udang. Kat sini aku nak promote satu kedai yang memang popular kat sane iaitu Restoran Mak Jah..


Kalau nak tau, aku pergi waku raya cina. Yang paling giler tekejut..bile kitorang sampai restoran tu penuh giler sampaikan kitorang tepaksa beratur tunggu orang lain habis makan..Fuhh..memang penat la.


Apa yang specialnye kat Restoran Mak Jah ni? Paling special adalah kuah mee udang tu sendiri memang pekat terangkatla..Lepas tu udang penuh kat atas mee tu. Kalau order mee udang biasa dapat la 6 ekor udang. Kalau yang special punye ada dalam 11 ekor udang..Udangnye pun memang besar-besar belaka. Sesuai la untuk sesape yang fanatik kat udang macam aku ni. Lagi satu, Restoran Mak Jah jugak penah masuk TV tau! Program Jalan Jalan Cari Makan..Tu yang menyebabkan restoran tu makin sesak..Dapat publisiti TV kan..




Dari gambar ni je korang dah boleh agak bape lame aku tunggu turn nak makan mee udang ni. Dari petang aku beratur sampai la ke malam












 Harus la aku dengan adik kesayangan aku ni posing kat situ


  Lastly, citer pun pasal mee udang kan. So, kene la ada gambar mee udangnye

Jadi, kalau rase-rase nak makan mee udang yang sedap tapi tak tau kat mane Restoran Mak Jah la jawapannye..

Tuesday 28 February 2012

Menuju Puncak

Assalamualaikum :-)

Rase dah lame sangat2 tak update blog ni sampai dah penuh dengan sesawang labah-labah. Actually bukan malas nak menaip, tapi baru lepas becuti semester. Almaklumla la kan, macam ada la pulak wifi kat ceruk area kampung aku tu..Sebab tu yang lame sangat tak menaip and update entry baru.

 25 Feb yang lepas, aku ngan roomate aku n kawan2 gi join team GPMS mendaki Gunung Datok..Orang sibuk nak panjat gunung, aku pun sibuk jugak nak ikut kan. Pendakian mengambil mase lebih kurang 2 jam setengah. Memang penat gilerr..Dalam banyak2 gunung yang aku penah daki sebelum ni, ini la gunung yang paling mencabar sekali.. Aku sampai jadi putus harapan sebab dah lame mendaki, tapi stil tak sampai puncak..Nasib baik ada teman2 seperjuangan yang terus support aku. Credit to Yemi(my roomate), Kinah, Nana dan Bul.. 

Ini kali pertama aku mendaki gunung sejak bergelar mahasiswi..Penat sangat. Aku pun pelik bile tengok budak2 lain laju je naik sedangkan aku ni terkial-kial. Paling geram bile ada budak sekolah rendah selambe je boleh potong aku. Siap lari2 lagi.Bile dah sampai puncak sume penat hilang..lega rase...








Sume gambar aku sangat la tidak memuaskan hati..Tepejam mata la,tudung senget la..bla bla bla...


Aku fikir mase nak turun tu kurang la sikit sakit dan penatnye, tapi lagi mencabar jadinye..Curam sangat..Aku pun memang jenis takut dengan ketinggian. Senang citer gayat la..Sampaikan kaki aku tak sampai nak pijak tanah kat bawah tu..Fuhh...meleleh air mata..

Pape pun aku rase seronok sangat dapat join aktiviti ni walaupun tersangatlah mencabar.Paling seronok sebab berjaya sampai ke puncak walaupun pada asalnye aku dah putus harapan. Sangat teruja bile dapat kenal dengan rakan2 baru disamping dapat merapatkan lagi ukhuwah dengan teman2 sedia ada(macam iklan pun ade). Syabas untuk team GPMS sebab dah berjaya organise aktiviti macam ni.

p/s: sampai sekarang stil lagi sakit2 sendi badan disebabkan terlapau teruje dengan aktiviti mendaki.



 

Sunday 1 January 2012

Tahun baru azam mesti mau baru


Assalamualaikum :-)


Hepy New Year!!! pompompom.... dah mule merepek. Pejam celik pejam celik dah masuk ke tahun 2012. Syukur kerana masih dipanjangkan umur dan masih punye kesempatan nak mulekan langkah baru dalam hidup. 

Apa yang penting..
Kite open hidup baru
Install kekuatan dan ketabahan
Remove perasaan hasad dengki
Upgrade keimanan
Delete segala dosa
Insert banyak pahala

Hidup ni macam jigsaw puzzle.. Hidup ni macam roda...Hidup ni macam  sebuah buku